JERAWAT

Anda mengalami masalah jerawat?Ketahuilah anda jerawat boleh dirawat dan rawatlah sebelum kulit berparut.

Fahami Jerawat 

Jerawat adalah masalah kulit yang sangat common, dan masalah ini berkaitan dengan hormon seseorang. Sebab itulah, masalah ini mula ketara ketika usia baligh dan boleh mengenai seseorang selagi kita ada hormon, bezanya cuma samada teruk atau tidak.



Jerawat di kulit







Genetik
Hormon
Liang kulit yang tersumbat
Jangkitan bakteria p.acne di kulit


Kenapa perlu rawatan?

Kulit berjerawat meninggalkan kesan psikologi yang mendalam kepada seseorang. Perasaan rendah diri dan kurang keyakinan diri sering membelengu mereka ini.

Ada juga kajian di luar negeri mendapati mereka yang kulit berjerawat berisiko untuk tidak terpilih untuk mendapat pekerjaan ketika di temuduga. Muka yang berjerawat seringkali mendatangkan persepsi negatif kepada yang melihatnya seperti 'tidak pembersih' atau 'tidak menjaga penampilan diri'. Betapa 'first impression' memainkan peranan yang besar dalam kehidupan kita.

CARA MENGHILANGKAN JERAWAT : 

Rawatan di KLINIK KU:

Pakej 4x rawatan jerawat terdiri daripada 4 sesi chemical peeling + 1 cleanser + 1 ubat jerawat 

Ramai yang telah berjaya mendapat keyakinan diri dengan rawatan di KLINIK KU. Untuk dapatkan rawatan hubungi 03 41490801


Wajah-wajah Kejayaan:


sebelum dan selepas







Kisah Jerawat 1: 

 Amin(bukan nama sebenar), sedang menuntut di tingkatan 4 di sebuah sekolah di KL, dibawa oleh ibu beliau yang risau melihat kulit muka anaknya yang naik jerawat begitu banyak sekali. Setelah konsultasi dengan doktor, Amin disarankan mengguna pencuci muka yang sesuai yang boleh membantu kurangkan minyak dan membuka liang-liang minyak yang tersumbat, dengan kombinasi ubat sapu dan ubat makan selama 3 bulan, beserta rawatan di klinik, jerawat di muka Amin berjaya dikurangkan dalam masa tak sampai 6 minggu. Amin antara yang bertuah kerana hanya selepas satu sesi rawatan kulit beliau sudah bertambah baik dengan ketara sekali. Secara amnya, masalah jerawat selalunya mengambil masa 3-6 bulan untuk berkurang. Kini Amin lebih yakin dan ibu beliau juga sangat gembira.




Kisah Jerawat 2:

Farhana(bukan nama sebenar), seorang penuntut universiti di selatan tanah air, sanggup datang ke KL untuk mendapatkan rawatan untuk masalah jerawat yang dihadapinya bertahun-tahun lamanya kerana beliau bakal mendirikan rumah tangga. Farhana sangat konsisten dan sentiasa menepati temujanji yang diberi oleh doktor walaupun beliau tinggal jauh. Hasilnya, kulit beliau bertambah baik dalam masa lebih kurang 3-4 bulan menjalani rawatan dan  telah pun mendirikan rumah tangga.

Antara produk untuk kulit berjerawat:



1) chamomile cleanser

Penghapus jerawat berkesan
Pencuci muka yang sangat natural, dari ekstrak semulajadi, bersifat anti-bakterial, menghapuskan minyak di kulit dan membantu membuka liang-liang yang tersumbat.



2) Balancing Toner



3) UV Sun protection gel



Antara ubat-ubat jerawat








 Rawatan untuk jerawat

Bergantung kepada tahap serius jerawat seseorang itu, dengan itu sejarah pesakit itu akan diambil oleh doktor, jenis jerawat, penilaian klinikal dan psikologi oleh doktor.

Kesan psikologi jerawat kepada pengidapnya sangat besar. Majoriti pesakit merasa rendah diri dengan kulit berjerawat di muka. Biasanya semasa sesi konsultasi dengan doktor, anda akan diberi penerangan mengenai jerawat dan penyebabnya, kesan rawatan, jenis ubat dan matlamat rawatan tersebut.

Rawatan topikal:

Antara ubat sapu yang diberi (bergantung kepada jenis jerawat) ialah benzoyl peoxide( samada 2.5%, 5%, atau 10%), erythromycin, clindamycin atau azelaic acid. Acid retinoic (Vitamin A) juga boleh digunakan untuk kes-kes jerawat yang tertentu(non-inflammatory lesions), terutama yang banyak komidon(blackhead/whitehead).

Rawatan topikal sahaja sesuai untuk kes-kes jerawat yang tidak serius.

Manakala untuk kes-kes yang lebih serius memerlukan rawatan kombinasi dengan ubat oral seperti antibiotik, hormon atau isotretinoin.



KENAPA KULIT BERJERAWAT?

FAQ:

1) Benarkah makan coklat menyebabkan jerawat tumbuh?
Jawapannya TIDAK. Tiada kajian yang menunjukkan bahawa coklat menyebabkan jerawat bertambah teruk.

2) Benarkah jerawat lebih teruk sebelum period?
YA. Perkara ini terjadi pada 70% wanita dalam 2-7 hari sebelum datangnya period.

3) Benarkah peluh menyebabkan jerawat lebih mudah naik?
YA. 15% pesakit mengalami masalah ini.

4) Apakah tekanan/stress boleh menyebabkan jerawat tumbuh?
YA, kerana tekanan mempengaruhi paras hormon.

5) Adakah jenis pekerjaan juga mempengaruhi pertumbuhan jerawat?
YA, Pekerjaan yang mendedahkan seseorang kepada minyak, habuk dan haba panas juga boleh merangsang pertumbuhan jerawat.



Cegah muka anda dari berparut. Dapatkan rawatan awal untuk jerawat. Kembalikan keyakinan diri anda!

BEBASKAN DIRI ANDA DARI JERAWAT SEKARANG!  HUBUNGI 03 41490801/ 0133477284

bebas jerawat

KLINIK KU,
BLOK 1A, 9-1, JALAN WANGSA DELIMA 13,
WANGSA MAJU 53300 KUALA LUMPUR
03 41490801














www.freewebstore.org/klinikku



No comments:

Post a Comment