IMPETIGO

1) IMPETIGO CONTAGIOSA

Nonbullous Impetigo

* Salah satu jangkitan kulit yang biasa terkena kepada bayi dan kanak-kanak
* Disebabkan oleh sejenis bakteria dari species S. Aureus yang menjangkiti kulit pada bahagian lapisan epidermis. 
* Boleh terjadi sebagai primary impetigo di mana kuman memasuki bukaan kulit seperti luka kecil di permukaan kulit dan seterusnya menyebabkan jangkitan. Secondary impetigo terjadi pada kulit-kulit yang sudah bermasalah seperti ekzema atau kecederaan lain.

Impetigo secara amnya pula boleh dibahagi kepada 2 jenis dari segi ciri-cirinya.

1) Bullous Impetigo: 

Biji-biji berair kuning di permukaan kulit, tiada kemerahan kulit.
Bila biji-biji berair ini pecah, maka akan kempislah biji-biji ini, dan jika kulit meliputi biji-biji ini dibuang, akan kelihatan kulit merah di bawahnya.

2) Nonbullous Impetigo:

Biji-biji berair yang pecah cepat dan kulit di bawahnya merah dan kering berkeruping(crust). Asalnya mungkin saiz kecil tetapi boleh bercantum dan kelihatan besar. 

Jika kudis kecil ini dibiarkan  jangkitan boleh menjadi lebih dalam, maka sesetengah individu yang mempunyai imuniti tubuh yang rendah, keadaan ini boleh melarat dan menjadi lebih serius(Ecthyma).

Rawatan:

Sabun yang mengandungi Benzoyl peroxide. 

Impetigo boleh berjangkit, maka ahli keluarga lain perlu diperiksa dan dirawat jika perlu.

Antibiotik topikal- disapu setiap hari untuk 7 - 10 hari.

Antibiotik oral.




KLINIK KU 03 41490801/013 6915577

No comments:

Post a Comment