TIPS MENANGANI STRESS

TEKANAN JIWA VS JIWA SEJAHTERA( QALBUN SALIM)

Apa itu tekanan jiwa?

Seseorang itu mengalami tekanan bilamana gagal mengawal emosi dan fikiran terhadap sesuatu tanggungjawab/masalah atau ujian hidup yang terjadi kepadanya. 

Antara faktor penyumbang utama kepada tekanan jiwa ialah pekerjaan, hubungan sesama manusia dan wang.

Tekanan atau stress mempengaruhi sikap anda, perasaan, tindakan dan kesihatan tubuh badan.

Antara tanda-tanda stress termasuklah berdebar-debar(anxiety), bimbang yang berterusan, mudah marah, sukar tidur malam, berpeluh dan hilang selera makan.


Simtom-simtom lain termasuk sakit kepala yang berterusan, sakit-sakit otot dan badan, dan juga mengantuk.

Stress atau tekanan bukanlah penyakit tetapi tekanan atau stress yang berterusan boleh menyebabkan penyakit.

Komplikasi dari tekanan yang berterusan termasuklah penyakit kemurungan,  serangan panik(panic attack),
tekanan darah tinggi, kanser, radang usus dan migrain.

MENGAWAL TEKANAN DALAM DIRI

-Perlu muhasabah dan kenali tanda-tanda tekanan jika ada.

-Lebih terbuka untuk berkongsi masalah dengan rakan yang boleh dipercayai(elakkan dari memendam terlalu lama)

-Dedahkan diri anda kepada kata-kata positif dan persekitaran yang positif.

-Fokus kepada jawapan atau penyelesaian masalah dan bukan mengingati masalah berulang-ulang.

-Untuk muslimin dan muslimat, praktikkan konsep syukur, tawakkal dan redha. Kekalkan sangkaan yang baik terhadap Allah kerana dari sudut saintifik pun ada bukti yang menunjukkan apa yang kita fikir, itu yang kita dapat(law of atrraction)/what you think is what you get.

-Dedahkan diri anda dengan kisah-kisah inspirasi dan motivasi.






TIPS MUDAH UNTUK JIWA SEJAHTERA

Lalui setiap hari dengan tenang. Uruskan niat anda setiap pagi.

Mulakan niat setiap hari kehidupan di waktu pagi, selepas bangun tidur dengan  berkata "hari ini aku akan lalui dengan penuh kebahgiaan, kesihatan yang baik dan kekayaan yang diberkati, dengan izin Allah". 

Tutup hari anda di waktu malam sebelum tidur dengan kemaafan untuk semua orang dan jangan lupa untuk memaafkan diri anda sendiri kerana ramai yang lupa untuk memaafkan diri sendiri, lantaran itu seringkali dibelengu oleh kesilapan yang dibuat sendiri dan ada yang menggangu mental mereka. Tiada yang sempurna melainkan Allah swt.

SELAMAT MENCUBA!





No comments:

Post a Comment