KULIT GATAL

Merasa gatal di kulit adalah satu perkara yang akan mengenai setiap orang. Masalah gatal yang melampau dan berterusan sangat mengganggu rutin hidup seseorang. Dan salah satu penyebab seorang pesakit berjumpa dengan doktor ialah kerana kulit gatal. 

Apakah yang boleh menyebabkan kulit anda menjadi gatal?

Antara yang biasa dalam hidup seharian kita ialah seperti selepas terkena gigitan nyamuk, gigitan semut atau kerengga.

Tahukah anda yang penyebab kegatalan kulit(generalised pruritis) sangatlah banyak. 

Antaranya ialah:

1) Penyakit-penyakit sistemik seperti:

Uremia kesan dari sakit buah pinggang yang kronik atau kegagalan buah pinggang.

Hepatobiliari- biliary cirrhosis, gallstone(batu hempedu), saluran ekstrahepatik tersumbat, kehamilan, hepatitis C

Penyakit Darah seperti Polycythaemia Rubra Vera dan Iron Deficiency Aneamia.

Kanser seperti Hodgkin's Lymphoma dan Non-hodgkin's lymphoma

Penyakit Endokrin seperti hyperthyroidism, hypothyroidism, hyperparathyroidism dan carcinoids.

Penyakit Neurologi seperti Post Cerebral Infarction, Cerebral Abscess, Multiple Sclerosis dan Cerebral Tumors.

Penyakit Berjangkit seperti AIDS dan jangkitan parasit.

Penyakit Rheumatik sepert Dermatomyositis.


2) Penyakit-penyakit kulit seperti ekzema dan dermatitis yang lebih common dalam masyarakat kita.



EKZEMA


Ekzema adalah merujuk kepada sekumpulan penyakit kulit  di mana kulit menjadi kering dan mudah berlaku radang(merah dan gatal). 


Istilah 'Dermatitis' juga sering digunakan untuk penyakit ekzema. Bezanya semua ekzema adalah 'dermatitis' tetapi bukan semua 'dermatitis' adalah ekzema.

Ekzema terbahagi kepada banyak jenis, antaranya:

Atopic Dermatitis
Seborrhoeic Dermatitis
Asteatotic Dermatitis
Nummular Eczema
Pityriasis Alba
Lichen Simplex Chronicus(Neurodermatitis)
Pompholyx



Secara klinikal, pesakit akan mengalami simtom-simtom berikut:

-kegatalan kulit yang sangat
-kulit menjadi merah, bengkak
-adakalanya ada biji-biji halus di tempat yang gatal diikuti dengan --kulit menjadi tebal dan berparut



celah pergelangan siku antara bahagian yang biasa terjadi dalam ekzema





kelopak mata turut menjadi bahagian yang gatal dalam penyakit ekzema

Rawatan untuk ekzema

Rawatan untuk ekzema terbahagi kepada 2:

1) Fasa Akut(acute phase)
2) Fasa Kronik(chronic phase)



Fasa Akut di mana seseorang mengalami radang kulit yang menyebabkan gatal kulit dan kemerahan yang teruk di mana rawatan memerlukan krim steroid untuk mengawal dan mengurangkan merah dan gatal secara berkesan. 

Jika anda mengalami serangan akut ekzema anda perlu berjumpa dengan doktor supaya krim steroid ini boleh diberi kepada anda. Adalah tidak dinasihatkan anda membelinya sendiri dari farmasi memandangkan penggunaan krim2 steroid ini perlukan pengawasan dan cara penggunaan yang betul. Salah guna krim steroid boleh mengundang masalah.

Fasa kronik memerlukan penjagaan yang berterusan. Ramai pesakit ekzema tidak menyedari yang mereka perlu menjaga kulit mereka setiap hari supaya dapat mencegah dari kegatalan dan kemerahan yang berterusan. 

Jika kulit mereka dijaga dengan mengaplikasikan krim pelembap yang berterusan , fasa akut boleh dicegah. Apabila anda mengidap ekzema, kulit anda adalah kering, dengan itu anda perlu guna sabun mandi yang sesuai, syampu yang sesuai dan krim pelembap yang berterusan. 

Klinik Ku menyediakan rawatan untuk ekzema dan kulit kering. Sila hubungi 03 41490801 dan berjumpa dengan doktor.


Related post

Rawatan JerawatKlik di sini



No comments:

Post a Comment