PRP (PLATELET RICH PLASMA)

PRP atau ada yang memanggilnya dengan VAMPIRE FACIAL, dan ada juga di luar negara yang memanggilnya dengan nama ANGEL LIFT....ini kerana kita menggunakan darah kita sendiri untuk membaiki kulit atau penyakit-penyakit tertentu di dalam badan kita.

PRP ni sebenarnya dah lama digunakan dalam industri perubatan tapi bukan sebagai mainstream treatment. Sebaliknya diguna oleh sebahagian doktor sebagai last resort memandangkan belum ada banyak kajian untuk menyokong keberkesanannya. Kajian yang sedia ada walaupun sedikit tapi cukup untuk menyokong rawatan ini kerana  pelbagai faedah yang makin dinikmati dari rawatan ini . Dengan ini, ianya menjadi sangat popular.

Untuk tujuan prosedur ini, darah pesakit akan diambil, di masukkan ke dalam centrifuge, diputarkan untuk jangkamasa tertentu dan plasma yang kaya dengan sel platelet diekstrak ke dalam syringe yang kemudiannya disuntik masuk ke dalam kulit pesakit.

PRP banyak kegunaannya : Antara penyakit yang boleh dirawat dengan PRP ialah:

Osteoarthritis(OA)
Back ache
Bell's Palsy
Meniscal Tear
Heel Pain
Tendinitis
Cervical spondylitis

Dan khusus untuk KULIT, berkesan untuk parut jerawat, jeragat, kedut dan garisan halus, parut keloid, stretch mark, parut hitam kulit akibat kegatalan kronik, kudis diabetes dan untuk rejuvenation secara am. PRP selamat kerana zero risiko untuk allergy dan risiko jangkitan juga rendah. Walau bagaimana pun, ada juga individu yang tak sesuai seperti mereka yang memang rendah kandungan platelet(thrombocytopenia), penyakit sel darah(blood disorder) atau mereka yang sedang mengidapi jangkitan septicaemia.

Jika berminat bolehlah hubungi klinik 03 41490801

Dr Ku Masliza

No comments:

Post a Comment