PARUT JERAWAT DAN RAWATAN PARUT JERAWAT



DEPRESSED SCAR

Parut yang mana kulit kelihatan 'berlubang' disebabkan tisu fibros yang terhasil semasa inflamasi disebabkan jangkitan pada jerawat, menarik permukaan epidermis ke dalam. Di bawah kategori ini, ada 3 jenis utama berdasarkan bentuk, saiz dan kedalaman parut tersebut.

Jenis-jenis parut tersebut ialah Rolled Scar, Box Car Scar dan Icepick Scar.



Jenis-jenis parut




ICEPICK SCAR


BOXCAR



KELOIDAL SCAR



Sesetengah jenis kulit menunjukkan reaksi hyper kepada proses inflamasi yang berlaku dalam jerawat. Berlakunya berlebihan produksi tisu fibros dan akan kelihatan parut itu seperti timbul dan berketul(hypertropic tissue).

Jenis parut hypertropik ini adalah lebih sukar untuk dirawat berbanding dengan depressed scar.

Rawatan intralesional steroid mungkin diperlukan untuk kes-kes sebegini.

DISCOLORATION SCAR

Erythematous Scar

Hyperpigmented scar


Parut jerawat jenis ini samada kulit menjadi berbekas hitam(hyperpigmented) atau tompok putih(hypopigmented). 

Untuk hyperpigmented scar, rawatan seperti chemical peeling dan krim pencerah dapat membantu mengurangkan bekas-bekas hitam tersebut. 

Untuk hypopigmented scar pulak, rawatan lebih mencabar kerana kulit kehilangan pigmen melanin semasa inflamasi yang teruk ketika jerawat. Ada sebahagian kes respon dengan baik manakala ada yang tiada respon. Rawatan chemical peeling dan krim yang sesuai diberikan.


Apa pilihan rawatan untuk parut jerawat?

1) Microneedle
2) Fractional CO2 laser
3) Subcision
4) TCA Cross

Nantikan update seterusnya mengenai rawatan parut jerawat ye..!!

Dr Ku Masliza


Hubungi kami: 03 41490801 

atau 

WHATSAPP 013 3477284

No comments:

Post a Comment