My Siem Reap Experience(12 Nov- 16 Nov 2015)

Sharing my experience with all of you!
(Sebenarnya my trip ni was more related to a dental conference/convocation  attended by a group of dentists. I was tagging along je...!)

Pre-travelling Preparations


1) Thypoid jab- memang advisable, kalau travel di asean countries. Kat M'sia pun boleh ada typhoid outbreak, lagikan di negara-negara seperti Indonesia dan Kemboja.




2) Ubat-ubatan. Jika anda mempunyai penyakit-penyakit tertentu jangan tertinggal pulak ubat kat rumah. Saya sendiri membawa beg kecil khas untuk ubat-ubatan saya yang termasuk symbicort turbuhaler(kerana saya pengidap asma), Avamys nasal inhaler untuk masalah sinus, dan jangan lupa ubat-ubatan 'emergency' seperti untuk sakit perut/cirit-birit, anti-histamine(untuk alahan dan tahan gatal dan selsema).


3) Vitamin yang biasa anda ambil seharian.


4) Krim untuk kulit gatal atau alahan.


5) Yang lain2 yang penting seperti passport, tiket atau boarding pass mestilah dimasukkan siap2 ke dalam beg. Check juge passport tu ..pastikan masih valid dan belum expired. And of course your baju and some food! Dan jangan lupa hanphone anda power bank!


Bila semue dah ready.. saya pun  zass ke airport 3 jam lebih awal bersama dengan suami.





Day 1: Sampai Siem Reap, 2 jam penerbangan Air Asia, Alhamdulillah smooth journey and right on time, dan terus dibawa ke hotel oleh kereta yang memang dah pre-book masa di KL lagi. Hotel bernama Hotel Pacific & Spa Resort(bertaraf 4.5 Star), hanya 5 minit dari airport dan tak sempat ada traffic light pun!.

Alhamdulillah, staf hotel yang menyambut kami sangat friendly.., and yang best tu sampai awal pun around 9.30am pun dah boleh check in!.

Sampai hotel disambut dengan Welcoming Drink and cool towel.

Bilik sangat selesa and pool view.




One of us dah pun hired a tour guide and a van untuk lawatan ke beberapa tempat sejarah. (Btw..group saya terdiri daripada beberapa dental surgeons yang berada di Siem Reap untuk Dental Congress).  Bayaran per person usd 30( termasuk tiket untuk masuk 3 buah temple). Sebelum ke destinasi bersejarah, kami dibawa singgah untuk lunch, kami split kepada 2 destinasi, satu restoran biasa yang tiada halal food kerana some of us dalam group adalah non-muslim chinese, indian and punjabi. And saya bersama suami dan pasangan doktor sorang lagi with her family ke restoran halal.

Kena stop jap di sini ..dah 5pm...InshaAllah sambung balik esok ye..


Dr Ku Masliza

Sambungan cite semalam:

Menu tengahari termasuk seafood tom yam, ginger chicken and fried sayur kacang...rating boleh lah bagi 4 out of 5 stars




Selepas lunch, kami terus dibawa ke tempat2 bersejarah...tak lain tak bukan mestilah temples nye yang banyak tu...honestly kalau budak2 memang kurang sesuai kerana tempat bersejarah tidak membawa apa2 erti kepada mereka...nanti restless and boring pulak...kami yang dewasa pun selepas visit yang pertama pun sudah merasa lama kerana kawasan temple nye yang luas dan cuma ada bangunan lama sahaja. Cuaca pulak agak panas terik ketika itu.



Mungkin kepada pencinta sejarah sesuai lah kan.. Saya dan rakan2 yang Muslim lain tidak menunggu hingga ke sunset di Angkor Wat memandangkan kami perlu kembali ke hotel utk solat(tiada kemudahan bersolat berdekatan kawasan temple).





Waktu malam dinner kami di pekan Siem Reap, naik tuk-tuk  saja dari hotel dengan bayaran 6 usd pergi dan balik.

Excellent dinner!

Chicken Amok(lebih kurang macam ayam masak lemak kita), beef loklak(hmm..mcm fried beef 3 rasa cam tu) and fried morning glory

Boleh bagi 4 out 5 stars

For 2 people lebih kurang usd 15


Selepas itu kami jalan2 di Night Market dan tried out masaj untuk 1 jam









Day 2:

Oleh kerana Dental Congress bermula hari ini, saya luangkan masa untuk berehat di sebelah pagi di hotel. Suami dan rakan-rakan lain menghadiri Congress tersebut dan saya bertemu mereka pada waktu lunch break.

Pada waktu lunch break di hotel bertemu pula dengan doktor2 gigi lain, disapa oleh seorang lecturer yang bermastautin di sini. Rupanya beliau juga  menemani isteri beliau yang juga merupakan seorang pakar pergigian di Damansara, KL...Dr Kamsiah Hydar.. Suami beliau Dato' Din Merican... sangat aktif blogging ...isu2 semasa dan sangat berpengalaman dan knowledgeable.

It was so nice to meet a bunch of people who are very experienced and yet humble..Di sebelah tengahari saya meluangkan 3 jam bersantai di spa dan di sebelah malam kami keluar makan malam bersama.

Masaj di pekan Siem Reap memang murah antara usd 5 hingga 9 untuk 1 jam...Terbaik jika datang ke sini sewaktu duit ringgit tengah strong...it wasnt the best time when i went there.

Day 3:
Again another relaxing day for me...berehat di hotel and petang bersantai di Spa lagi..

Day 4:
Pagi ni kami sudah book 1 tuk tuk untuk bawa kami ke Floating Village.

Floating houses..sangat daif
 Perjalanan dari hotel ke floating village lbh kurang 30 min, jalan agak berdebu. Bayaran tuk tuk sudah dipersetujui usd 10 pergi dan balik. Cuma saya agak ralat tak buat homework sikit floating village ni ape,. so pegi situ leggang kangkung sajalah.. rupanya kami dibawa tour di atas bot untuk melihat rumah2 terapung termasuk floating school dan floating shops...sangat2 daif.. rumah tiada elektrik atau apa2 kemudahan, macam nak roboh aje...menginsafkan..dalam perjalanan pulang di atas bot, tour guide tu request untuk kami donate beras dan kami setuju walaupun harga agak mahal..usd30 untuk sekampit beras 30kg...sebenarnya kalau palnning awal2 untuk tujuan donation, banyak lagi barangan lain yang boleh dikumpul dan diberi kepada komuniti sini...Floating school basically just rumah kecil di mana budak2 bermain dan berkumpul...dan diberi makanan asas bubur nasi atau nasi dengan ikan..itupun bergantung kepada donation.


Me, my spouse and the children

Bubur nasi atau nasi - makanan ruji

 On the way back from floating village, sempat singgah satu masjid yang mengikut imam di situ dibina oleh seorang dermawan dari Malaysia.

Sebelah petang pula, saya menghairi graduation ceremony untuk para dentist yang berjaya mendapat anugerah Fellowship dari ICOS(International Congress Of Oral Implantaologists).

Day 5:

Pagi selepas breakfast, saya luangkan sejam tried out hot herbal compress di hotel spa. Sangat nyaman dan relaxing. Selepas tu , terus siap2 packing untuk pulang ke KL. Jam 12.15noon, saya check out dan terus menuju ke airpot. Alhamdulillah, flight was on time dan saya sampai KL lebih kurang jam 5.50pm waktu Malaysia.

Ringkasan:

Sebelum naik tuk-tuk, agree dulu on the price..jangan dah naik baru tanya berapa. Boleh negotiate.

Kebersihan rata2 bagus, toilet reasonably clean.


Pakej flight Airasiago was good and reasonable price, hotel given was excellent.

Best travel ke Siem Reap waktu ringgit strong because urusniaga di sana mainly in usd.


Massage in town highly recommended coz very cheap.


Halal food easy to find...so no need to pack along so much.


3-4 days are enough coz kalau lama lagi kemungkinan boring jugaklah.


Budak2 mungkin kurang menarik untuk mereka tempat2 cam ni.


Kalu plan nak buat charity best collect items from Malaysia ye and bawa sana..(my personal viewlah)



Semoga sharing ni membantu utk sesapa yang planning ke Siem Reap.


Salam ikhlas,


Dr Ku Masliza


No comments:

Post a Comment