BEKAM UNTUK KAUM HAWA

Sunnah Berbekam.

Posting kali ini saya akan share sedikit info mengenai kelebihan berbekam.

Terhadap banyak hadis yang antaranya adalah hadis sahih yang membicarakan tentang kebaikkan berbekam. Bukanlah bidang saya untuk memperkatakan tentang hadis tapi apa kata kita sama-sama mengambil manfaat dari kebaikan berbekam.

Antara manfaat bekam ialah penyembuhan dalam banyak jenis penyakit seperti :

obesiti, sakit pinggang, sakit perut, masalah jantung dan peparu, Alergi makanan, sengal tulang, sesak nafas, asma, kencing manis, tekanan darah tinggi, gout, haid tidak teratur, sakit tulang belakang, sinus, kejang kaki/tangan, batuk kronik, pening kepala, migrain, sakit bahu dan tengkuk, angin ahmar, penyakit jantung dan rhumatoid.

Waktu bekam:

Antara yang disyorkan ialah pada tanggal 17, 19 atau 21 kalendar islam. Hari yang baik berbekam adalah isnin, selasa dan khamis.

Hari yang tidak dianjurkan berbekam ialah hari rabu kerana mengikut sejarah Hari rabu adalah hari di mana Nabi Ayub terkena penyakit kulitnya.

Elok berbekam perut tidak terlalu kenyang, lebih kurang 2 jam selepas makan.

Siapa yang tidak boleh berbekam?

Mereka yang mengidap penyakit yang berjangkit seperti hepatitis A, B,C, HIV, atau penyakit kulit yang berjangkit, penyakit hati yang mana kulit menjadi kuning(jaundice), penyakit darah seperti kanser darah atau keadaan di mana darah menjadi cair samada disebabkan penyakit ataupun ubat pencair darah, wanita hamil, orang yang lemah fizikal, kanak-kanak, atau yang sangat tua.

Apapun jika sapa-sapa yang ingin berbekam, pastikan anda beritahu sedikit sebanyak sejarah kesihatan anda kepada pembekam.

Di Klinik Ku, saya sendiri ada buat bekam untuk kaum hawa. Jadi jika ada yang berminat, boleh hubungi klinik ya... 03 41490801.

JOM JAGA KESIHATAN DENGAN BERBEKAM!!




No comments:

Post a Comment