Dari Meja Dr Ku

Masih ramai yang hidup susah

Saban hari WHATAPPS dan FB memaparkan kisah kisah orang yang hidup susah.  Negara kita memang kaya...tapi kekayaan tidak dinikmati dengan sama rata... 

Teringat kisah sorang Mak Cik Tua yang saya jumpa lebih 10 tahun dulu ketika bertugas sebagai pegawai perubatan di sebuah hospital daerah di utara semenanjung.. setelah beliau didapati sesuai untuk menjalani cataract operation saya pun admit beliau bersama dengan kanta mata yang beliau beli, (setiap pesakit harus membayar sendiri kerana tidak ditanggung oleh kerajaan)....sebak hati bilamana mak cik tu bagitau yang 'mak cik jual sawah mak cik supaya dapat beli kanta mata ni.....kalau tidak nanti mata tak nampak, macamana nak buat kueh untuk jual...'


Bayangkan situasi kita sekarang..di suatu sudut terlalu mewah dan pembaziran berleluasa tetapi di sudut yang lain ramai yang masih bersusah mencari sesuap nasi...


No comments:

Post a Comment