CUTI CUTI PERHENTIAN

secara amya.. memang percutian di Pulau Perhentian Besar memang best. Untuk release stress memang sesuai. Get connected with nature...sini memang 'online' dengan nature. Tak rugi  datang. Pada mereka yang biasa dengan pulau mungkin ada pulau-pulau lain yang lebih cantik, pada kami yang first time snorkelling ni..memang Alhamdulillah dah rasa best pun dah..

Tabik kepada pemandu bot yang rata-rata anak-anak melayu yang kelihatan lasak dan sudah  biasa dengan laut. Terjun masuk laut macam tak de ape je punn..ishh...seriau menengoknya untuk saya yang penakut dengan laut.

Ni foto-foto yang sempat diabadikan untuk kenangan.

AIR LAUT YANG TENANG..hilang stress!


Cantikkan!

Snorkelling sampai  kulit tukar kaler!

UNDERWATER VIEW


Sekecil yang paling enjoy!


Relaxing morning walk!

Ringkasan Percutian ke Pulau Perhentian Besar:

Kami beli pakej penginapan di PERHENTIAN ISLAN RESORT(PIR) semasa Matta bulan Mac 2016 yang lalu.

Pakej temasuk penginapan, sarapan, makan tengahari, makan malam, 2 snorkelling trip dengan bot dan boat transfer ke Besut.

Dari KL, kami naik Malindo dari subang, ke Kota Baru.

Dari Lapangan Terbang Kota Bharu, kami sewa van (earlier arrangement) yang dipandu oleh seorang pak cik dari Besut. Harga murah hanya RM 100 dari airport ke jeti besut.(Rate yg diberi oleh hotel lebih mahal)

Kami membawa peralatan snorkelling sendiri.

Jangan lupa sunblock untuk mengekalkan kaler kulit anda ya!

Sedikit bekalan makanan kering kerana di pulau tak de gerai makan ape2.

Sewaktu pulang kami menginap satu malam di hotel Perdana Kota Baru sebelum terbang ke KL,

Kesimpulan: Relaxing Holidays


No comments:

Post a Comment