HEATSTROKE

Kematian Akibat Cuaca Panas Melampau di Pakistan

Pada bulan June 2015 yang lalu, cuaca panas yang melampau (severe heat wave) dengan suhu menjangkau 49' celcius telah melanda selatan Pakiatan dan telah menyebabkan lebih kurang 2000 kematian dari dehidrasi dan heat stroke. Haiwan peliharaan dan ternakan juga turut terkorban.

Di Malaysia pun ada beberapa kes yang berlaku yang mana boleh dicegah jika kita menghindari dari terdedah secara langsung kepada sinaran matahari dan panas yang melampau itu.


SIMTOM-SIMTOM HEATSTROKE

Suhu badan melebihi 40.5'C
Rasa pening 
Sakit kepala yang berdenyut-denyut
Tidak berpeluh walau suhu badan tinggi
Muntah
Nafas laju

Tanda-tanda yang lebih serious seperti sawan, debaran jantung laju, otot-otot kejang dan koma


HEATSTROKE ADALAH MEDICAL EMERGENCY DAN BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN!


TIPS MENCEGAH

Elakkan berada di bawah cuaca panas secara langsung
Banyakkan minum air
Elakkan minuman bergula atau berkafein
Basahkan badan dengan air selalu.



No comments:

Post a Comment