5 KESALAHAN KURUSKAN BADAN

Ramai yang nak kurus tetapi seringkali gagal. Sesetengah dari kita memang mewarisi tubuh badan yang agak gempal dan kadar metabolik tubuh yang rendah.


5 KESALAHAN BESAR DALAM  KURUSKAN BADAN:

1.Makan hanya 1 atau 2 kali sehari. Cara ini sebenarnya hanya akan menurunkan kadar metabolisma badan dalam jangka masa panjang. Berat badan anda berpotensi bertambah jika anda berterusan begini. Sebenarnya anda perlu mengamalkan makan sedikit tetapi kerap, contohnya 5-7 kali sehari dgn kuantiti yang sedikit untuk setiap kali makan.


2. Waktu tidur yang tidak menentu, contohnya amalan tidur selepas makan harus dielakkan kerana selepas makan proses penghadaman dan penyerapan masih berlaku dan jika anda tidur proses ini terganggu. 


3. Mengganggap 'kerja rumah' sebagai 'excercise' dan dengan itu tidak perlu bersenam lagi. Anda masih perlu peruntukkan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari jika benar-benar serius untuk kurus.


4. Menguyah snek ringan di masa lapang untuk menggantikan makanan utama sebagai cara mengurangkan makanan.


5. Memberikan alasan 'badan saya sihat, tak ade penyakit walaupun saya berat'.  Menunggu badan dipenuhi penyakit baru nak ambil tindakan adalah kesalahan yang paling besar kerana semasa sakit, masa untuk senaman atau kewangan anda anda tertumpu kepada rawatan dan yang seumpama dengan nya. 


JADI PILIHLAH UNTUK SIHAT DENGAN BERAT BADAN YANG IDEAL!

JOM KURUSKAN BADAN



No comments:

Post a Comment