Tuesday 27 March 2018

RAHSIA MENGATASI GATAL-GATAL KULIT DISEBABKAN KULIT KERING



Simtom kulit gatal dan merah sangat lazim dialami oleh sebahagian besar masyarakat kita. Ramai yang penat melalui fasa gatal dan garu yang berpanjangan.

Langkah pertama yang boleh dibuat adalah:

* tentukan apakah jenis kulit anda. Sekiranya kulit anda memang jenis kulit kering, memang ini boleh menyebabkan anda merasa gatal.

Jenis kulit kering ini biasanya sebab faktor genetik, boleh juga dikaitkan dengan perubahan hormon dan perubahan umur. Contohnya seseorang yang jenis kulit biasa ketika usia remaja dan 30an, bila mencapai umur 50 an, akan mendapati kulitnya lebih kering disebabkan penurunan paras hormon tertentu dalam badan disebabkan peningkatan usia.

Antara penyakit kulit popular yang berkait dengan kulit kering ialah ekzema dan psoriasis. 

Langkah seterusnya ialah:

*kenalpasti cara penjagaan kulit yang tepat

Bila mana kulit kering, penggunaan produk kulit yang biasa anda guna untuk jenis kulit biasa(normal skin) menjadi tidak sesuai. Sabun biasa yang banyak buih jika disental di permukaan kulit akan menyebabkan lapisan minyak di kulit hilang dan tiada pelembap. Sudahlah orang2 sebegini kekurangan minyak di kulit, jika di buang lagi baki minyak yang tinggal di kulit, sudah pasti kulit menjadi sangat kering.

Jadi pilihlah sabun yang sesuai. Selalunya sabun yang kurang berbuih dan kurang kandungan kimia.
Dan tak perlulah sental kuat2 atau mandi terlalu kerap. Juga tak perlu basuh kulit untuk penyapuan krim berulang2.

Selepas mandi, tuala digunakan sekadar untuk lapkan kulit secara lembut dan TAK PERLU menggosok secara kuat.

Selepas itu, sapukan krim pelembap yang sesuai kepada kulit. Ingat ye, krim pelembap juga terlalu banyak jenis dan kandungan juga berbeza-beza. Jadi beri sedikit masa untuk cari yang serasi dengan anda. 

Dan jangan lupa untuk mengulangi penyapuan krim pelembap seberapa kerap yang boleh, mungkin dalam 3-4 jam sekali untuk kes yang serius, dan sekitar 4-6 jam sekali untuk kes biasa. 

Jika anda berjaya kekalkan kelembapan kulit selalu, maka risiko gatal dan merah juga turut berkurang. Di sinilah kejayaan bermula. Kerana anda tidak perlu berjumpa doktor  dan tidak perlukan krim steroid.

Ingat ye, krim steroid hanya merawat kulit merah dan gatal TETAPI tidak merawat kekeringan.



UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PEMERIKSAAN DOKTOR BOLEHLAH HUBUNGI 03 41490801/ 013 3477284

No comments:

Post a Comment