Tuesday 16 August 2016

Rawatan Jerawat

Salam ceria semua!

Pagi tadi salah seorang pesakit saya yang regular datang buat treatment untuk parut jerawat. Happy benar nampak dia hari ni kerana jerawat batu yang teruk dah hilang n then parut jerawat yang berlubang-lubang pun semakin nipis. Sanggup datang dari Jerantut, pkl 7pagi naik bas, 3 jam sampai KL, lepas tu naik LRT ke Sri Rampai Station. Terharu saya... tapi saya salute pesakit yang macam ni sebab stigma jerawat di muka membuatkan mereka sanggup bersusah payah dapatkan rawatan...phobia jerawat mereka mengatasi jauhnya perjalanan.. Alhamdulillah , beliau sangat gembira dan saya bersyukur dengan izin Allah jua, kulitnya sembuh. Baru habis kolej dan rupanya beliau nak pegi ke UK minggu depan, ada kerja sementara memandangkan beliau belum dapat kerja di Malaysia. Pada beliau, saya wish good luck, enjoy your staying kat UK. Siap pesan dengan saya, nanti pulang dari UK nak sambung treatment sikit lagi..al maklumlah ada rezeki nak naik pelamin tahun depan..

Jerawat dan parut jerawat boleh dirawat, cuma perlu commitment dan kesabaran. Yang konsistent Insha-Allah ada results..yang marah2 dan asik berubah-ubah rawatan dan  salahkan doktor je yang tu yang selalu x de results...

Apa pun, selamat maju jaya dan selamat menyambut hari kemerdekaan! 


Bersama Syuhada (with consent)
merdekakan kulit dari jerawat dan parut jerawat!!

Sunday 14 August 2016

GULA PUTIH- MANIS YANG BERACUN

Salam sihat semua!. Susulan dari WEIGHT  LOSS workshop yang saya hadiri semalam, saya ingin sharing di sini mengenai bahayanya gula kepada kesihatan manusia.

Di sini saya nak highlight tentang kehadiran gula FRUKTOS dalam minuman-minuman tin dan bergas yang banyak dijual di kedai2 dan di restoran2. Masyarakat kita seolah2 dah terbiasa dengan budaya minum minuman bergula tinggi ini. 



High Fructose Corn Syrup adalah pemanis sintetik yang hadir dalam banyak jenis minuman di pasaran.

Apa keburukkan gula pemanis ini?

Tingginya kandumgan gula maka lebih tingg risiko dapat Diabetes, Obesiti, Metabolic Syndrome dan Penyakit Darah Tinggi.

Gula bila mana memasuki tubuh badan seseorang akan menyebabkan INFLAMMATION(RADANG) yang mana bila kronik menyebabkan seseorang boleh mendapat serangan jantung, stroke, kanser dan sebagainya.

Jadi mulakan langkah pertama hari ini untuk selamatkan jantung anda, tubuh badan anda dari kerosakkan dengan mengurangkan pengambilan gula.



JOM TINGGALKAN GULA PUTIH HARI INI!




Thursday 11 August 2016

BAHAYA DALAM KOSMETIK

Salam sihat semue!

Boleh dikatakan 'make up' and women x boleh dipisahkan kan kan? Tapi ramai yang tak ambil kisah sangat tentang bahaya bahan-bahan kima dalam kosmetik.


Antara bahan-bahan yang bahaya dalam kosmetik ialah plumbum, merkuri,pewarna sintetik, pewangi sintetik, mineral oil dan juge pengawet seperti paraben dsbnya.

Antara kesan jangka panjang bahan2 kimia ini terkumpul dalam badan seseorang ialah:

Penyakit2 seperti kanser, Alzheimers Disease, auto-immune disorders, Parkinson's Disease, Schizophrenia, Chronic Fatigue Syndrome dan Liver Diseases.

Adakah kita punye pilihan lain?

Jawapannya: Yes Ada.

Antara kosmetik yang boleh anda pertimbangkan ialah KISS MINERAL MAKE UP

FREE FROM FRAGRANCES, COLORINGS OR PRESERVATIVE

JUGA SESUAI UNTUK KULIT BERJERAWAT JUGA!

Pertanyaan: 013 3477284(shila)


Thursday 4 August 2016

KULIT GATAL

Salah satu sebab kulit gatal-gatal ialah penyakit PSORIASIS. Jika anda mengidap penyakit ini, jangan mudah berputus asas, walaupun ianya bersifat kronik tetapi ada lagi pilihan rawatan yang boleh membantu. Fahami penyakit ini dan cara2 untuk mengawal simtom-simtom yang ada.