Wednesday 30 March 2016

Rawatan PRP



Ramai yang WhatsApp dan bertanya mengenai PRP ini.

Adakah PRP ni sakit?
Berapa banyak sesi perlu dibuat untuk nampak results?
Kos nye bagaimana?


Secara amnya, oleh kerana PRP memerlukan penggunaan jarum, sudah tentu ada sakit sedikit sebanyaknya. Cuma, bergantung kepada teknik yang digunakan oleh sesorang doktor, sakit yang dirasai juga berlainan kadarnya. Ini anda haruslah berbincang dengan doktor tersebut. Tetapi secara amnya juga, kulit pesakit akan disapu dengan krim bius terlebih dahulu sebelum prosedur ini dilakukan.

Seseorang memerlukan sekurang-kurangnya 3 sesi, jarak sebulan satu, atau  bergantung kepada masalah kulit dan bagaimana respon anda terhadap rawatan tersebut.

Kos berbeza-beza antara pusat rawatan, bergantung kepada teknik dan mesin yang digunakan,  kebiasaannya antara RM 900-3000 per sesi, juga bergantung kepada bahagian badan dan permasalahannya juga. ( contohnya, PRP untuk osteoarthritis lutut sudah tentu tak sama harga dengan PRP untuk parut Keloid).

Keberkesanan PRP ini kebiasaannya boleh dilihat 3 hingga 4 minggu selepas prosedur dibuat.


Semoga info ini bermanfaat untuk semua.

Wednesday 16 March 2016

PARUT JERAWAT

Ramai yang tercari-cari rawatan untuk parut jerawat. Terdapat pelbagai kaedah rawatan. Yang terdapat di KLINIK KU adalah seperti berikut:

1. Microneedle
2. PRP(plasma rich platelet)
3. Subscision
4. Fractional Cell Regenaration Treatment.

Tiada yang ideal ...sangat digalakkan untuk rawatan kombinasi. Parut jerawat meninggalkan kesan rendah diri yang teruk di dalam pesakit tersebut. Ramai pesakit saya mengadu begitu. Saya sarankan anda beri sedikit masa dan kesabaran bilamana mendapatkan rawatan untuk parut jerawat.

Boleh kol kita untuk maklumat lanjut ya.. 03 41490801/013 3477284


Salam ceria selalu!

Dr Ku Masliza


Rawatan FCR

Rawatan FCR

selepas beberapa sesi chemical peeling

Monday 7 March 2016

Racun Putih Dalam Makanan Kita

Salam Ceria Semua!

Tahukah anda setiap hari kita semua or kebanyakkan kita mengambil "racun" tanpa disedari?




Haa..racun yang dimaksudkan ialah 'GULA PUTIH'...Rakyat Malaysia terlalu banyak menggunakan gula..kueh-mueh kita manis-manis belaka..air minuman dari teh tarik dan kopi susu pun manis-manis sangat...tak menghairankan bila mana statistik menunjukkan peningkatan pesakit diabetes dan yang paling menakutkan ialah golongan muda yang sudah mula terkena penyakit ini.

Dan Malaysia juga sedang menuju kepada negara yang mempunyai jumlah penduduk obes yang makin bertambah.

So skrng memang saya nak kempen untuk kurangkan gula putih dalam makanan dan minuman kita setiap hari..jom bertukar kepada stevia(dari daun stevia) yang tiada kalori maksudnya lebih selamat, tidak menggemukkan dan tidak menyebabkan penyakit!



Kurangkan pengambilan gula membawa kepada kurang risiko penyakit2 seperti diabetes, kanser, sakit jantung dan sebagainya.

Tidak ada apa-apa kerugian menggantikan gula kepada stevia.

Ubah cara hidup anda sekarang, anda boleh melakukannya!


Untuk info lanjut atau pembelian boleh call 03 41490801 atau whats app 013 3477284

Thursday 3 March 2016

Rahsia Awet Muda dan Maintain Sihat Untuk Golongan 40an ke atas



Dewasa ini terlalu banyak produk di pasaran yang claim banyak kelebihan untuk kesihatan mahupun kecantikkan. Kebanyakkan
produk tempatan walaupun disokong oleh testimoni pengguna tetapi masih kekurangan kajian klinikal yang boleh diterima di peringkat antarabangsa.

 Di sini saya nak introduce produk suplemen harian iaitu Phyto-Berries.

PHYTO-BERRIES- apa kelebihan produk ini ya?

- bersifat anti-oksidan bergred tinggi dan semulajadi
- rasa buahan berries dan diekstrak dari 9 jenis buah berry(red cherries, cranberries, billberries, blueberries, blackberries, mulberries, strawberries, boyson berries dan red/black raspberries) 
-baik untuk mencegah penyakit seperti serangan jantung(MI), penyakit Parkinson dan Kanser.
- mempunyai beberapa kajian klinikal yang menyokong faedah-faedahnya

Apakah yang dimaksudkan dengan antioksidan?

Antioksidan adalah bahan/molekul yang bertindak untuk meneutralkan 'free radicals' dalam tubuh manusia.

Apakah pula 'free radicals'?

Free radicals pula merujuk kepada bahan-bahan toksin yang terhasil dari aktiviti-aktiviti harian yang terjadi dalam tubuh badan seseorang manusia seperti senaman, pernafasan, pembakaran makanan, merokok, tekanan/stres dan pencemaran di sekitar.

Tubuh badan manusia terdiri dari berjuta-juta sel. Sel mengandungi molekul-molekul yang mana pula terbina dari sejumlah atom-atom. Bilamana satu molekul yang sihat hilang elektron, molekul tersebut menjadi tidak stabil dan dikenali sebgai 'radical'. Radical inilah yang bertanggungjawab merosakkan sel-sel sihat dan boleh membawa kepada penyakit-penyakit tertentu seperti Kanser, Sakit Jantung, Parkinson dan Alzheimer.


Untuk sihat pastikan saja bukan dengan suplemen semata-mata, gaya hidup anda juga mestilah sihat!


Say NO to smoking!
Jangan stress stress!
Cara pemakanan yang betul dan sederhana(ie jangan biarkan diri anda obes)
Kurangkan racun putih!(...iaitu gula..boleh digantikan dengan stevia yang natural)
Dan jaga kulit anda sentiasa supaya pigmentasi dan fine lines dapat dilewatkan

...jika  anda amalkan petua di atas, Insha Allah..anda akan sihat dan kelihatan muda selalu!!


Salam Hormat dari saya,

Dr Ku Masliza

p/s.. nantikan artikel about somaplus and stevia pulak ye