Thursday 30 June 2016

Ramadhan telah hampir ke penghujungnya..


Sedar tak sedar, masa berlalu begitu pantas...sudah 26 hari kita berada di bulan Ramadhan...Ramadhan sekali dalam setahun, entah bertemu atau tidak Ramadhan di tahun hadapan..Saya berharap kita semua sudah dan akan manfaatkan sepenuhnya peluang-peluang beribadah di bulan Ramadhan, bukan saja untuk  kesihatan tapi keseluruhannya.

Awas!!.. Perkara yang paling sering berlaku ialah.....di hari raya pertama kemunculan hidangan-hidangan yang menguji ketahanan anda...kepada yang berjaya turun beberapa kilo berat badan semasa berpuasa...tahniah!.., jangan pula biarkan berat naik 2-3kg dalam masa 2-3 hari ye...rugilah usaha anda.. It's all about mind over matter...setkan minda anda yang anda akan makan sedikit mengikut keperluan dan bukan mengikut emosi dan selera yang membuak-buak itu! Sederhana, sederhana dan sederhana saja....





SALAM AIDIL FITRI DARI SAYA DI KLINIK KU. MAAF ATAS KESILAPAN DAN KEKHILAFAN.  PANDU KERETA BERHATI-HATI YA...SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI.


Dr Ku Masliza

P/S:  Klinik Tutup Dari 5 JULAI - 10 JULAI 2016.

Sunday 19 June 2016

Bestnye bila jerawat dah tak ade..


(Dengan izin pesakit): Pelajar kolej ni memang menderita problem jerawat lebih setahun. Dah bermacam-macam produk kulit digunakannnya. Makin lama makin teruk. Beliau rasa sangat tertekan. Beliau akhirnya menemui Klinik Ku dan nekad melakukan rawatan di sini.

Alhamdulillah, kulit beliau respond dengan sangat baik terhadap rawatan. Syuhada(nama beliau) sangat komited dengan temujanji yang diberikan. Sangat berdisiplin dan mengikuti arahan yang doktor sarankan dengan baik sekali. Alhamdulillah, kini tiada lagi jerawat aktif di kulit mukanya....syuhada berasa sangat gembira sekali dan kami di KLINIK Ku juga merasa gembira bila hasilnya memuaskan. Kini beliau menyambung rawatan untuk parut jerawat pula...Insha Allah, kami doakan yang terbaik untuk Syuhada.

JERAWAT BOLEH DIRAWAT. PASTIKAN JANGAN TERLAMBAT. 

Hubungi Klinik Ku: 03 41490801

MF 3 OF SWITZERLAND

Salam Ramadhan semua!

Seperti yang dijanjikan saya hari ini akan share maklumat mengenai Produk MF3 yang memang terkenal di seluruh dunia. Ramai juga selebreti Hollywood yang mengamalkan produk MF3 nii.

Antara yang popular ialah.... MF3 VP SOFTGELS Advanced Formula..(read more)



Thursday 16 June 2016

SELAMAT BERPUASA!

RAMADHAN KAREEM!

Hari ini hari ke 11 umat islam di Malaysia berpuasa. Banyak peluang keemasan untuk kita menambahbaikkan mutu kesihatan kita di bulan ini selain dari menambah amalan2 sunat yang banyak disarankan oleh guru2 dan para ulamak di bulan penuh barokah ini.

Antara peluang2 yang terbaik untuk menyihatkan tubuh badan kita ialah:

1) Berhenti merokok

2) Menurunkan berat badan yang berlebihan

3) Reset waktu tidur kepada yang lebih sihat seperti tidur awal sekitar jam 10am dan bangun awal sekitar 4.30am

Kira-kira 12 jam selepas anda berhenti menghisap rokok, paras nikotin dan karbon monoksida dalam badan mula menurun. Tubuh anda sedang melalui proses penyembuhan. Anda akan melalui beberapa fasa 'withdrawal' di mana anda akan merasa mulut kering, lidah tak selesa, naik berat badan(fluid retention), merasa lapar atau penat dan gelisah. Simtom2 ini dari penurunan paras nikotin yang sememangnya selama ini membuat anda ketagihan rokok. Bersabar ya...kerana hanya beberapa hari saja anda akan melalui ini semua dan ianya bukan selama-lamnya.  Stay strong!

Ambil kesempatan ini juga untuk mengurang makanan karbohidrat dan bergula, cuba betul-betul hadkan pengambilan makanan sewaktu berbuka selama sebulan, anda pasti boleh dapat kurangkan beberapa kilo bulan ini. 

Ramai yang selalu tidur lewat malam, habit yang kurang baik untuk kesihatan jangka panjang. Beberapa jenis hormon seperti melatonin dan cortisol dihasilkan ketika kita tidur. Jika waktu tidur tak tetap, kita boleh mengalami masalah kekurangan hormon2 ini.

CUBA ya....azam untuk sihat!


P/S: Juga selepas berbuka pastikan minum air mencukupi kerana dehidrasi boleh mencetuskan penyakit gout( sudah beberapa kes saya ketemu dalam minggu puasa ni)

Dr Ku Masliza


Thursday 2 June 2016

Event in May 2016

Just sharing photos taken  on our open day on 21st May 2016:



Terima kasih untuk semua yang menjayakan majlis ini, terutama kepada Syarikat Parvus yang sudi menaja  produk kulit IMAGE kepada pelanggan yang hadir ke majlis ini.

Banyak rawatan baru yang sedang diperkenalkan di Klinik Ku. Jangan lupa juga untuk mencuba rawatan IMAGE lightening PEEL di KLINIK KU.

Selamat Menyambut Ramadhan untuk semua!. Semoga anda semua dirahmati Allah selalu, dan mohon maaf atas kesilapan atau kekurangan kami di KLINIK KU.


Admin