Tuesday 26 January 2016

Antara sebab jerawat sukar respon kepada rawatan ialah...

Salam sihat semua...

Kenapa jerawat saya tak hilang-hilang? Antara reason nya ialah...

1) Hormon yang sangat tidak stabil, di kalangan wanita ada sesetengah dikaitkan dengan sindrom polycystic ovarian syndrome (PCOS) di mana jerawat mereka ini sangat aktif dan sukar dirawat. Golongan ini perlu dirujuk kepada doktor pakar gyane untuk mendapat rawatan sewajarnya.

2)Jenis jerawat yang berbiji-biji dan bernanah, sesetengahnya berkait dengan sebaceous gland hyperplasia(kalenjar minyak di kulit yang besar dan aktif). Mereka ini juga sesuai dirawat dengan ubat isotretinion yang hanya boleh didapati dari pakar kulit sahaja kerana ianya ubat kawalan berdaftar.


Kes-kes jerawat yang lain selalunya agak baik respon kepada rawatan yang diberi.

Apa pun, jangan mudah putus asa...ramai pesakit saya mengeluh frust dengan muka mereka yang berjerawat. Sabar dan konsisten dengan penjagaan kulit dan rawatan, InshaAllah akan ada hasilnya...


Without a struggle, there can be no progress. - Frederick Douglass

Tuesday 12 January 2016

Sukar untuk berat badan turun bila diet kita tinggi dengan karbohidrat

JOM AMALKAN ZERO/LOW CARBO DIET! (LCHF diet- Low Carbo High Fat Diet)


Salam sihat untuk semua!

Apa kata kita mulakan bulan januari 2016 ini dengan  azam untuk dapatkan berat badan ideal?

Saya memang terlibat secara langsung dalam usaha 'menguruskan' ramai orang...dah bertahun-tahun lamanya.. jadi hari ini saya akan share sedikit tips dan cara yang tidak susah untuk dapatkan berat badan idaman.

Mulakan pagi anda dengan MINDA berkata : "Hari ini saya akan makan lebih banyak buah-buahan, nasi hanya sekali dan lebih banyak protein".

Kenapa?: Diet orang kita ni sngt kaya dengan karbohidrat. Pagi-pagi lagi kalau sarapan di luar, pilihan tertumpu kpd samada roti canai, nasi lemak, soto ayam, lontong, mee goreng, mihun goreng dan yang seumpama dengannya...sangat tinggi kandungan karbo nya.. Karbohidrat yang masuk ke dalam badan jika tidak digunakan akan ditukar kpd lemak simpanan.

Makanan sepertimana yang harus kita elakkan?

1. Makanan dan minuman bergula! Ini yang paling teruk..contohnya.. minuman dalam tin (coke, pepsi, seven up dan yang sewaktu dengannya), minuman jus, candy, ais-krim, coklat, kek, kueh-mueh)

2. Makanan yang tinggi dengan kanji seperti roti, nasi, pasta, bubur nasi, kentang, kentang goreng(fries), mee dan mihun.

3. Marjerin, kerana khasiat kesihatan yang kurang.

4. Buah-buahan yang manis seperti durian, pisang, manggis, rambutan dan mangga.


Apa yang boleh makan doc?

1. Daging seperti ayam, daging lembu atau kambing. 

2. Telur, samada rebus atau omelet.

3. Ikan, sotong, udang dan seumpamnya.

4. Sayur-sayuran (yang hidup di permukaan tanah. ie bukan akar), contohnya kobis, brokoli, asparagus, sawi, bayam, bawang dan bunga kobis.

5. Produk tenusu yang 'full cream' contoh 'butter', 'sour cream', yogurt; elakkan low fat product yang kaya dengan gula.

6 .Kacang.


Agak sukar juga untuk mengubah tabiat pemakanan. Cuma bagi mereka yang bersungguh-sungguh untuk amalkan low carbo diet, saya sarankan mulakan pagi anda dengan whey protein milk shake. Saya sendiri pernah mencubanya dan memang membantu untuk rasa tak lapar and yet low carbohydrate.

Antara whey protein milk shake yang ada di pasaran yang boleh anda cuba.

Selamat mencuba dari saya di KLINIK KU!. Ceria-ceria selalu!
Belanja pic satu hari ni!




Regards,


Dr Ku Masliza

Friday 8 January 2016

Tahun 2016 - Tahun Sukses!

Assalamulaikum dan salam ceria semua,

Masih belum terlambat untuk saya wish selamat menjalani tahun baru masehi, mulakan hidup dengan azam baru yang lebih kental dan konsisten. Personally,saya berpendapat  untuk yang muslim tahun baru Muharram adalah permulaan tahun yang lebih wajar disambut dan diingati. Apa pun,  pada saya, matlamat tetap sama, tentu kita semua inginkan kebahgiaan, keceriaan, kekayaan dan sudah tentu kesihatan yang terbaik!


Semoga kita semua sukses dan mendapat kehidupan yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

Salam hormat,

Dr Ku Masliza