Wednesday 29 July 2015

JERAWAT- FAQ

KENAPA KULIT BERJERAWAT? 

FAQ:

1)Benarkah makan coklat menyebabkan jerawat tumbuh?
Jawapannya TIDAK. Tiada kajian yang menunjukkan bahawa coklat menyebabkan jerawat bertambah teruk.

2)Benarkah jerawat lebih teruk sebelum period?
Ya. Perkara ini terjadi pada 70% wanita dalam 2-7 hari sebelum datangnya period.

3)Benarkah peluh menyebabkan jerawat lebih mudah naik?
Ya. 15% pesakit mengalami masalah ini.

4) Apakah tekanan/stress boleh menyebabkan jerawat tumbuh? 
Ya, kerana tekanan mempengaruhi paras hormon.

5)Pekerjaan
Jenis pekerjaan juga mempengaruhi pertumbuhan jerawat. Pekerjaan yang mendedahkan seseorang kepada minyak, habuk dan haba panas juga boleh merangsang pertumbuhan jerawat








https://www.facebook.com/klinikkuskinantiageing

http://salamsihat.blogspot.com/p/produk.html




Tuesday 28 July 2015

INFO SIHAT

MERS

Banyak kes MERS yang diberitakan antara mereka yang pergi menunaikan haji dan umrah di Arab Saudi atau mereka yang menziarahi negara-negara Timur Tengah.

Apa itu MERS?

MERS merujuk kepada Middle East Respiratory Syndrome.

Penyebab: Virus dari famili coronovirus MERS-CoV

Cara penyebaran: berjangkit dari orang-orang yang terkena jangkitan(close contact)

Simtom-simtom:
 demam, batuk, sesak nafas, sakit-sakit badan dalam masa 14 hari pulang dari perjalanan dari negara2 tersebut

Jika anda mempunyai simtom2 tersebut adalah dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor.

Tips mencegah:

-Basuh tangan dengan air dan boleh guna alcohol-based sanitizer
-Tutup mulut dan hidung nbila bersin atau batuk
-Hindarkan dari menyentuh muka, mata atau hidung dengan tangan yang tak berbasuh.
-Hindari dari mereka yang memang sudah diketahui mempunyai penyakit ini.

MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT !

Friday 3 July 2015


JERAWAT 

Ramai yang mengalami masalah jerawat tetapi tidak tahu mana nak dapatkan rawatan.

Jerawat adalah masalah kulit yang berkaitan dengan hormon seseorang. Sebab itulah, masalah ini mula ketara ketika usia baligh dan boleh mengenai seseorang selagi kita ada hormon, bezanya cuma samada teruk atau tidak.

 Struktur kulit 


Jerawat di kulit