Wednesday 18 November 2015

KULIT MERAH DAN GATAL-GATAL DOC, dah lama dah... macam2 dah buat..

Kegatalan kulit adalah antara masalah yang sangat common dalam dunia perubatan. Hampir setiap hari ada pesakit yang mengadu kulit gatal samada ada kemerahan atau tidak.

Kegatalan kulit boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan: Acute dan Chronic


Acute:


 Kegatalan yang baru mula selalunya selepas sesuatu exposure contohnya gigitan nyamuk atau semut dan seumpamanya. Atau juga selepas alahan kepada sesuatu samada secara sentuhan atau melalui makanan. Juga selepas jangkitan tertentu seperti fungal infections, chicken pox dan yang seumpamanya.




Chronic:

Merah-merah dan gatal kulit yang berterusan, samada faktor genetik atau pun terdedah kepada persekitaran luar, atau pun kerana penyakit kulit tertentu. Penyakit-penyakit kulit yang berkaitan dengan kulit merah dan gatal2 sangat banyak. Antara paling common ialah eczema dan psoriasis dan allergic dermatitis. 


Saya tidak berniat untuk mengulas dan menulis mengenai penyakit2 ini dengan panjang lebar tapi di sini saya beri sedikit tips dan suggestions untuk produk2 yang boleh anda guna seharian dalam mengurangkan simtom gatal ini.


PINETARSOL BATH OIL SOLUTION.


Sesuai untuk kegunaan harian, mengurangkan dan melegakan kegatalan kulit.
 Boleh didapati di klinik2 dan farmasi2 yang tertentu. Cuma bau nye kurang nyaman sikit...bau macam tar tu kan...



Seseorang yang dry skin juga tidak sesuai menggunakan sabun biasa untuk mandi kerana sabun biasa akan menghilangkan minyak dipermukaan kulit dan menjadikan kulit kering worse.


Boleh consider using soap like oilatum soap bar, memang design untuk retain oil di permukaan kulit.

Quite a good choice for daily use










ROSKEN SKIN REPAIR CREAM


Mereka yang bermasalah dry skin memang disarankan menggunakan pelembap kulit secara konsisten dan berterusan.
Rosken skin repair cream ini boleh dipertimbangkan. Boleh didapati di farmasi2 yang berdekatan. 
Physiogel A1- untuk kulit merah dan gatal.


Bilamana seseorang mempunyai dry skin, setiap kali selepas mandi memang disarankan melembapkan kulit dengan krim2 pelembap yang sesuai.


Semua produk di atas adalah yang boleh didapati tanpa preskipsi doktor kerana they are non-stroidal preparations. Tetapi jika masalah kulit anda merah melampau dan kegatalan yang intense, kemungkinan anda perlu berjumpa doktor terlebih dahulu, anda mungkin perlu kepada medicated creams and treatment sebelum beralih menggunakan produk2 di atas sebagai maintenance.


SEMOGA TIPS DI ATAS MEMBANTU DAN SEMOGA ANDA SIHAT SEJAHTERA SELALU..


CHEERS!!

Dr Ku Masliza




No comments:

Post a Comment