Tuesday 10 November 2015

Betulkah jenis makanan yang diambil seharian?

Sambungan cara2 nak kuruskan badan :

Pelbagai teknik yang terdapat di pasaran untuk kuruskan badan. Dulu saya banyak juga offer rawatan seperti radio-frequency untuk weight loss and body shaping, sekarang saya beralih kepada kuruskan badan secara nutrisi, di mana pesakit akan diberi panduan pemakanan seharian dan kefahaman supaya mereka dapat turunkan berat badan dengan berkesan dan untuk jangkamasa panjang.

Kenapa begitu? Kerana saya dapati rata-rata bila bergantung kepada mesin tanpa menjaga pemakanan berat badan akan kembali naik.

There is no short cut to success..secara logiknya..bila tenaga dalam bentuk makanan masuk ke dalam belebihan setiap hari dan tidak dikeluarkan semula dalam bentuk aktiviti fizikal, tenaga yang berlebihan ini akan disimpan sebagai lemak(inilah tenaga simpanan).

Semalam saya sempat ambil foto poster kalori makanan di KFC di salah sebuah restoran KFC di Hulu Kelang..saya rasa tak ramai yang perasan adanya poster sebegini.

Cuba perhatikan panduan pemakanan KFC ini: Jom kita tengok di mana silap kita.






Ada tak sesiapa yang sebelum makan KFC terlebih dahulu rujuk jadual KFC yang ditampal di dinding restoran?. .

Ok...saranan untuk kalori seharian bagi mereka yang nak kuruskan badan ialah: JANGAN MELEBIHI 1000kcal sehari...

dan bahagikan 1000Kcal ini kepada 5 waktu makanan di dalam sehari. 

Bermakna setiap meal anda hanya dibenarkan mengambil sekitar 200 kcal sahaja. Kalau ikut jadual di atas lebih kurang seketul drumstik sahajalah ye(remember kena kasi ruang untuk minuman). 

Tapi rata2 kita selalunya akan makan mungkin 2-3 ketul ayam dan juga fries(yang memang sangat tinggi kalori, lebih kurang 400-500 untuk satu hidangan). Belum lagi air bergas dan desert ice creamkan.. Easily kalau satu hidangan orang biasa makan adalah sekitar 600-800 kcal.. 

Dan inilah menjadi salah satu punca kenapa berat badan kita makin hari makin bertambah...belum lagi meal waktu lain...baru satu meal sudah hampir kalori 1000...

Jadi..saya sarankan untuk mereka yang benar-benar serius  untuk kuruskan badan...lakukanlah demi kesihatan anda...dan fahami nilai makanan anda.. Kuatkan minda, mantapkan matlamat dan sedikit panduan dan motivasi dari doktor anda...anda akan berjaya turunkan berat anda!!


No comments:

Post a Comment