Monday 26 October 2015

RAHSIA KIM KARDIASHAN TERBONGKAR!

PARUT JERAWAT- HARAPAN BARU(PART 2) ....PRP


Assalamualaikum n salam sejahtera,

Sambungan dari cerita minggu lepas. Ada sesiapa yang sudah pernah membuat rawatan PRP atau ingin membuat rawatan ini? ..ok..hari ini saya akan bercerita sedikit sebanyak mengenai PRP ini.

Antara celebriti yang pernah buat rawatan ini ialah KIM KARDIASHAN. Kalau tengok foto before and after memang teruja....tapi ingat...diarong ni memang naturally pun dah cantik so touch sikit je pun lagi cantiklah kan.

During PRP


So, apa itu PRP?....PRP ialah .. read more

Wednesday 21 October 2015

Cara-cara Mencegah Typoid/dDemam Kepialu

Typoid ie Demam Kepialu




 Keratan berita   The Malay Mail semalam, dan memang dah viral kat wassap dan FB pasal Typoid ni.

Dah lama tak dengar perkataan typoid ni sebab kes-kes typoid sangat terpencil dan sepanjang kareer saya sebagai medical practitioner belum jumpa lagi melainkan sewaktu zaman student di UK dulu bila diberi case study untuk dibincangkan.

Apapun di sini saya nak share sedikit info mengenai tanda2 demam kepialu dan langkah pencegahannya:(maklumat dari KKM).

(i) demam panas (suhu lebih 38'C atau lebih), dengan punca demam yang tidak diketahui, selama 3 hari atau lebih dgn salah satu simtom atau tanda berikut: sakit kepala yang teruk, sakit perut, cirit-birit atau sembelit. TAKE NOTE di sini simtom sembelit juga boleh terjadi dan tidak semestinya cirit-birit.

(ii) semasa outbreak demam typoid ini, sesiapa saja yang tinggal dalam kawasan yang terbabit dan mengalami demam dgn suhu badan 38'C atau lebih, atau sesiapa yang memang ada berhubung secara langsung dengan pesakit typoid, dikira mempunyai indeks diagnosis tinggi utuk typoid fever ini.

Demam kepialu ini dikenalpasti melalui ujian blood atau stool culture, tetapi rawatan harus diberi segera tanpa menunggu keputusan makmal jika simtom dan tanda2 sangat jelas.

Kenapa kita bimbang dengan typhoid ini? Kerana ianya boleh membawa kematian. The good news is typhoid boleh dirawat. 

Oleh kerana bakteria penyebab typoid ini disebarkan melalui makanan yang tercemar dan dikaitkan dengan kekotoran maka langkah2 yang boleh meningkatkan kebersihan harus diberi perhatian.

Kali ini sumber jangkitan ini dikaitkan dengan pendatang asing...hmm memang tak hairanlah kerana 
kat Malaysia ni mamat Bangla, Indon, Pakistan dll makin hari bertambah2.. Kalau kita perhatikan sekarang ni, di restoran2 yang bekerja di dapur kebanyakkan dikuasai oleh kaum Bangladesh dan Myanmar..cer tengok kedai mamak sudahlah..

Cuba kita bayangkan secara detail bagaimana mereka handle food and water...bayangkan tangan yang digunakan di dalam tandas ..tangan yg sama menebar roti canai, buat teh tarik, potong sayur dsbnya.. Sepatutnya setiap pekerja wajib mengambil suntikan mencegah typoid  tapi ..pelaksanaan injection vaksin Typoid pula saya rasa masih belum cukup sepenuhnya...jika tidak masalah ini tak mungkin terjadi.

Pesan saya.. jaga kebersihan, basuh tangan selepas keluar masuk tandas, elakkan air yang tak dimasak, pilih tempat makanan anda... ingat..hari tu banyak kes kencing tikus, kini typoid pula...jerebu pun masih belum settle.... apa pula selepas ini..

Jaga kesihatan anda dan orang-orang tersayang...







Monday 19 October 2015

PARUT JERAWAT- HARAPAN BARU (Part 1)

Ramai yang bertanya saya bagaimana nak rawat parut jerawat. Sememangnya parut jerawat adalah antara masalah yang sangat meninggalkan kesan psikologi yang hebat kepada si pesakit tersebut. Antara teknik yang menjadi pilihan pesakit ialah laser seperti fractional CO2 laser, microneedle, microdermabrasion(untuk kes-kes yang tidak serius), chemical peel(deep peel) dan antara yang terkini ialah Nano Cell Extract dan PRP.

Hari ini saya kongsikan sedikit mengenai Nano Cell Exract dan bagaimana ianya membantu mengurangkan parut jerawat. 

MFIII Nano Cell Extract adalah antara rawatan berasaskan bahan natural yang boleh membantu membaiki tisu-tisu kulit supaya dengan merangsang kulit baru yang lebih halus dan sihat. Seseorang boleh mengambil rawatan ini dengan 3 cara, samada secara oral, intra-muscular injection atau intradermal injection.


Untuk kes parut jerawat, disarankan anda mengambil dalam bentuk indradermal iaitu suntikan terus ke kulit muka. Anda memerlukan antara 3-10 sesi rawatan bergantung kepada tahap keseriusan parut anda.

Produk MFIII mempunyai banyak kajian kukuh yang menyokong penggunaan dan hasilnya. Harganya agak high end kerana kualitinya yang terjamin. Rawatan ini ditawarkan di Klinik Ku berdasarkan kesesuaian.  

Untuk maklumat lanjut, klik sini.

Oh ya..sebelum saya terlupa, rawatan yang sama juga sesuai sebagai anti-ageing treatment. Untuk sesiapa nak improve kulit secara amnya, supaya lebih halus, kurang garisan-garisan kedut, dan lebih flawless, boleh juga dapatkan rawatan yang sama. 


Nantikan Part 2 harapan baru untuk parut jerawat....PRP!



Dr Ku Masliza

Friday 16 October 2015

CORETAN DR Ku

Hari ni Jumaat, 16 hb okt 2015, saya jadi admin sekejap ye. Pagi tadi, saya dapat satu gift from my patient yang dah regular bertahun lamanya. Dah lama patient ni x datang, beliau kerap gi overseas. Dia bagi saya magnifying mirror. Nak tahu apa dia mende ni? Cermin ni boleh ...

Thursday 8 October 2015

Apa kata pengunjung kami?

Dapatkan rawatan jerawat di sini!


Klinik Ku adalah sebuah klinik yang berorientasikan pesakit. Kami berprinsip merawat berdasarkan keperluan. Pesakit diutamakan. Setiap dari kita yang berjumpa dengan doktor mestilah ada tujuan yang tertentu yang ingin dicapai.

Majoriti pesakit adalah yang mengalami masalah jerawat dan penyakit kulit yang lain. Kebanyakkan dari pesakit selalunya sudah mengahabiskan masa dan wang ringgit untuk mengatasi masalah mereka. 

Jadi di Klinik Ku, anda berpeluang untuk mendapat konsultasi dahulu tanpa komitmen untuk rawatan melainkan setelah anda berpuas hati untuk melakukannya(no obligations). Yang utama bagi kami ialah anda mendapat results yang diinginkan.


Jadi buatlah temujanji untuk berjumpa doktor kami!

03 41490801