Thursday 25 September 2014

SET untuk JERAWAT

Ramai yang mencari set jerawat yang sesuai untuk mereka. Di Klinik Ku, kami menyediakan rangkaian set jerawat yang kebanyakan pengguna berpuas hati dan 'repeat order'. Antaranya pencuci muka, toner, UV Gel sunblock dan krim jerawat. ( Penggunaan untuk 2 bulan)







Harga Set              :  RM 385
Harga JIMAT       :  RM 355

Boleh dibeli secara online juga.
Hubungi 03 4149 0801 untuk maklumat lanjut.

Wednesday 17 September 2014

YA.. SAYA BEBAS JERAWAT

Masalah utama : Jerawat di muka. Kulit kusam. Hilang keyakinan diri.
Penyelesaian :  Pakej rawatan Jerawat yang berbaloi bagi mengembalikan semula kecantikan dan keyakinan diri.

Jika anda mengalami masalah Jerawat yang teruk, jangan berputus asa. Anda perlu cari, cari dan cari rawatan yang sesuai.

Seperti pesakit jerawat ini, mengalami masalah jerawat sejak 2 tahun yang lepas. Bermacam-macam rawatan dan produk yang telah dicuba. Beliau tidak pernah berputus asa sehinggalah terbaca Facebook kami mengenai rawatan jerawat dan ramai yang telah berjaya. Beliau telah berjumpa doktor untuk penerangan rawatan. Dan inilah hasilnya,berkat tidak putus asa beliau.

Maklumat lanjut boleh hubungi 03 4149 0801



Thursday 4 September 2014

JERAWAT

KENAPA jerawat tumbuh di kulit anda?

Ramai yang bertanya soalan ini dan ramai yang telah mencuba pelbagai kaedah rawatan jerawat dan produk. Berikut adalah factor-factor yang mempengaruhi pertumbuhan jerawat.

1.  Genetik. Jika ibu atau ayah atau kedua2nya ada sejarah jerawat maka si anak pun lebih cenderung untuk mendapat masalah jerawat.

2.   Hormon. Jerawat sememangnya berkait rapat dengan hormon. Paling jelas ketika umur baligh di mana perubahan hormon mendadak menyebabkan perubahan ketara boleh dilihat di kulit. Hormon androgen merangsang kilang minyak di kulit untuk merembeskan minyak yang mana di dalam kes jerawat selalunya berlebihan.

3. Liang-liang kulit yang tersumbat.Bilamana liang2 di kulit tersumbat dan minyak yang dirembeskan oleh kalenjar minyak yang aktif tidak dapat keluar, maka akan terjadi pembengkakan dan inilah jerawat.

4.   Jangkitan kuman p.acne di kulit. Jerawat yang merah apabila dijangkiti kuman akan menanah dan adakalanya kelihatan seperti bisul.

Jadi, fahami kenapa anda dapat jerawat supaya anda tidak senang terpengaruh dengan produk2 pasaran yang menjanjikan kesembuhan yang cepat. Masalah jerawat bersifat kronik, maka rawatan yang tepat dan penjagaan yang berterusan adalah perlu untuk mencegahnya.

Di KLINIK KU, pakej rawatan jerawat ada disediakan dan ramai yang telah berjaya sembuh dengan rawatan ini. Secara purata 80-90% pesakit merasa sangat puas hati dan berjaya mendapat keyakinan diri semula setelah tamat rawatan  di sini.

Anda bila lagi? Jangan biarkan jerawat terlalu lama kerana ianya boleh meninggalkan parut. Ramai yang merasa rendah diri dengan adanya jerawat di muka. Ketahuilah yang jerawat boleh dirawat dan anda akan merasa sangat gembira dengan hasilnya.