Monday 21 January 2013

KLINIK KU- MENYEDIAKAN RAWATAN JERAWAT, JERAGAT DAN ESTETIK.

KLINIK KU
BLOK 1A, 9-1, JALAN WANGSA DELIMA 13,
WANGSA MAJU 53300
KUALA LUMPUR
03 41490801

---------------------------------------------------------

Antara rawatan yang disediakan termasuk untuk masalah kesihatan seperti:

1) JERAWAT
2) EKZEMA
3) PIGMENTASI & JERAGAT
4) PARUT JERAWAT
5) KULIT KUSAM
6) OBESITI


Antara rawatan yang disediakan di sini adalah seperti chemical peels, microdermabrasion, ionthoporesis, derma-roller, radiofrequency, fillers, dan rawatan komplimentari yang terdapat di sini ialah terapi bekam untuk semua jenis penyakit.

Sunday 13 January 2013

GLUTATHIONE-BENARKAH BAIK UNTUK KULIT?

APAKAH GLUTATHIONE?

Glutathione adalah molekul antioksidan yang terdapat secara semulajadi di dalam tubuh badan manusia. Hampir semua sel dalam tubuh badan manusia berupaya menghasilkan glutathione.

Fungsi utama glutathione adalah untuk meneutralkan toksin (neutralization of free radicals  and reactive oxygen compounds) yang terdapat dalam sel-sel dan tisu-tisu manusia. Fungsi-fungsi lain adalah termasuk mengawal kitaran nitrik oksida, mensintesis dan membaiki kerosakkan DNA dalam badan manusia.

Sebab kepentingan glutathione sangat menyeluruh, apabila kita kekurangan glutathione, hampir semua sistem dalam badan terutama sistem imun, neuron, gastrointestinal dan paru-paru akan terjejas. Paras glutathione semakin menurun dengan peningkatan umur dan dalam keadaan stres berlebihan.

Glutathione kurang berkesan bila diambil secara oral kerana penyerapan glutathione di dalam usus tidak maksimum.

Glutathione dikatakan baik untuk kulit kerana sifatnya yang meneutralkan radikal termasuklah di kulit juga, dengan itu menghalang pembebasan melanin di kulit, sebab itulah ianya dikatakan ada
"whitening effect"!

Wednesday 9 January 2013

HARI-HARI YANG DISUNATKAN BERBEKAM

Sunat berbekam pada hari Isnin, Selasa dan Khamis. Dilarang berbekam pada hari Rabu.

Dari Abu Hurairah yang berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang ertinya:

"Barangsiapa berbekam pada tanggal tujuh belas, sembilan belas dan dua puluh satu, maka itu akan menyembuhkan penyakit."

Untuk mereka yang berpenyakit, disarankan berbekam seminggu sekali selama 3 minggu berturut-turut. Kemudian diselang sebulan sekali pada waktu yang sesuai sehingga sembuh.

Tuesday 8 January 2013

APAKAH JENIS PENYAKIT YANG BOLEH DIRAWAT DENGAN KAEDAH BEKAM?

Boleh dikatakan, hampir semua penyakit boleh dicuba kaedah bekam ini, kesembuhan ada dengan izin Allah jua. Mengamalkan bekam beerti kita mengamalkan sunnah Nabi SAW.

Berikut adalah antara penyakit-penyakit yang boleh dirawat dengan berbekam:

Kegemukkan- satu antara banyak sebab mengapa rawatan ini diperkenalkan di klinik saya kerana dalam menolong ramai pesakit untuk kuruskan badan, ramai juga yang sukar menurunkan berat badan kemungkinan berpunca dari toksin yang banyak dalam badan dan juga peredaran darah yang tidak lancar. Bekam membantu dari sudut ini. Sudah pasti rawatan ini dikombinasikan dengan nasihat pemakanan dan rawatan lain yang terdapat di klinik.

Tekanan darah tinggi/rendah
Migrain, vertigo
Lemah pendengaran
Kurang penglihatan
Sakit leher, sakit belakang
Anaemia
Penyakit hati, sakit buah pinggang
Diabetes Mellitus
Sakit jantung, paras kolesterol tinggi dalam darah
Kebas-kebas tangan
Stres
Asma,lelah
Kesuburan
Jerawat, ekzema
Rheumatoid, Gout





RAWATAN BEKAM MAMPU MENYEMBUHKAN PELBAGAI JENIS PENYAKIT

" Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah s.w.t"

(Hadis riwayat Muslim)

" Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara yakni minum madu, sayatan alat bekam dan 'kay' dengan api. Sesungguhnya aku melarang umatku dari 'kay'. "

(Hadis riwayat Al Bukhari)